14 Kemuliaan Allah beri Buat Ibu Mengandung. Beruntungnya !!

Saat pertama kali bila dapat tahu yang saya mengandung, perasaan bercampur baur, seronok, sayu, hiba.
Tak sangka ada 1 nyawa yang lain hidup dalam tubuh badan kita. Betapa hebatnya ciptaan ALLAH..

Sepanjang 9 bulan, ibu hamil diuji dengan bermacam-macam bentuk dugaan. Dalam pada kita diduga, dengan 'Morning Sickness' , emosi yang tak stabil, keletihan, kesakitan, tapi ALLAH tu Maha Kaya. Diberinya lagi kemuliaan buat para wanita yang sedang mengandung. Alhamdulillah, pengorbanan seorang ibu tu sememangnya amat besar.  

Walaupun terasa seriknya menanggung kesakitan di saat melahirkan tu, bila baca ni, rasa macam 10 kali mengandung pun takpa. ;)


14 Kemuliaan Yg Allah beri Buat Ibu Mengandung




1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6. Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu (ASLI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap² titis susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 1/2 tahun, maka malaikat² dilangit akan kabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun shalat dan berpuasa.

Subahanallah.. betapa mulianya kedudukan seorang wanita disisi Allah..
Bila terfikir akan ganjaran yg allah bagi ni, rasa penat mengandung dan sakitnya bersalin tu hilang terus.

**Untuk bayi yang sihat + ibu yang bertenaga**



**Kembalikan tenaga yang hilang selepas bersalin**






Jadi Ahli/pertanyaan/pembelian:



Shaklee

- Better you. Better world-

PROMOSI SHAKLEE OKTOBER 2015

September dah berlalu pergi. Oktober datang dengan promosi lagi dan lagi.
Jom saya highlight apa yang menarik bulan ni.


GLA COMPLEX - Beli 2 Botol dapat 5% diskaun ATAU Beli 6 FREE 1 botol
OMEGAGUARD      -  Beli 2 Botol dapat 5% diskaun ATAU Beli 6 FREE 1 botol
VITA-E COMPLEX-  Beli 1 percuma 1 (sementara stok masih ada)
VITA-LEA FOR CHILDREN - Beli 3 FREE 1 

Promosi daftar keahlian FREE VITA-LEA multivitamin tertua yang berusia 100 tahun bakal berakhir bulan Oktober 2015 ni. Jangan fikir banyak kali nak register ahli shaklee ke tak. Sebabnya, selepas 31 Oktober 2015, dah tak dapat lagi FREE multivitamin untuk Ahli yang baru mendaftar. Rugi sangat tak ambik peluang. 

Next entry saya cerita apa keistimewaan vitamin yang dipromosi bulan Oktober 2015 ni.
Stay tuned ;)


Daftar Ahli/pertanyaan/pembelian:



Shaklee

- Better you. Better world-

PROMOSI YES WELLNESS PACKS SHAKLEE

Hai. Masih tak terlambat lagi untuk belian YES Wellness Packs.

Apa istimewanya YES WELLNESS PACKS ni?
*Penjimatan Sebanyak 5%
*Shaklee akan bank in cash back 5% daripada harga set produk ke akaun anda 15 haribulan seterusnya
*Lebih nilai UV terkumpul
*Peluang untuk jana pendapatan sebanyak mana yang anda mahu


YES WELLNESS PACKS terdiri daripada 4 set iaitu :-
1. Healthy Prenatal - Set Kehamilan yang complete wholesome DAPAT FREE VITALEA ; VITAMIN YANG TELAH DIFORMULA 100 TAHUN DAHULU
2. Healthy Postnatal - Set Berpantang yang cukup dengan nutrisi penting untuk ibu dan bayi DAPAT FREE VITALEA ; VITAMIN YANG TELAH DIFORMULA 100 TAHUN DAHULU
3. Healthy Fitness - Set Kurus yang boleh realisasikan berat idaman anda
4. Healthy Young Living - Vivix yang terkenal dengan anti-penuaan dan pencegah kanser


Jom saya close up sikit untuk view yang lebih jelas. .

* Prenatal Set dpt FREE Vitalea*

*Postnatal Set dapat FREE Vitalea*




Jadi Ahli Shaklee hari ini dan dapat percutian 5 bintang ke Bangkok ditanggung beres. Anda semua layak.. cuma nak atau tak saja. Berminat? Hubungi saya. Saya beritahu caranya ;)

 pembelian:



Shaklee
- Better you. Better world-

SHAKLEE Rewards Up Bonanza

Unknown | 11:09 PM | Be the first to comment!
Istimewa Bulan Ogos 2015 ni, Shaklee nak bagi supplemen FREE kepada ahli-ahlinya yang berdaftar sebelum bulan Ogos 2015 dan mencapai target yang ditetapkan.. Wow.. dengar pun dah menarik kan..

Ok, jom saya kongi dengan anda semua.



Bagaimana 'Rewards' dikira?
1. Layak kepada semua ahli yang mendaftar sebelum Ogos 2015.
2. Ada peningkatan jumlah PUV pada bulan Ogos 2015 berbanding bulan Julai 2015.
3. Hadiah lumayan berupa supplemen seperti di (Column C) secara PERCUMA.

Contoh Lebih Jelas
Situasi 1
Pada bulan Julai 2015, anda buat belian sebanyak 200PUV. Pada bulan Ogos 2015, belian meningkat menjadi sebanyak 260 PUV. Disitu terdapat peningkatan sebanyak 60PUV. Jadi, anda layak untuk dapat Zinc Complex dan Vita-Lea Iron Formula secara PERCUMA.. Jumlah kedua-duanya berharga RM103.90. Siapa yang nak bagi FREE FREE je kan??

Situasi 2
Anda buat belian terkumpul sebanyak 720UV pada bulan Julai 2015. Bulan Ogos yang berikutnya anda buat belian sehingga 840PUV. Jadi terdapat peningkatan 120PUV disitu. Jangan terkejut, dalam tak sedar, anda telah melayakkan diri untuk dapat Hadiah di tangga yang teratas sekali iaitu:
*ESP Soy Protein
*OmegaGuard
*Vita E Complex
*Vita-Lea for Children
*Sustained Release Vita-C Plus
*GLA Complex
Which is kesemuanya berharga RM494.00..TQ Shaklee sbb menghargai setiap pencapaian ahli-ahlinya.

Anda dah faham konsepnya kan? Ayuh kita kumpul sebanyak-banyak PUV untuk dapat hadiah ranking paling tinggi. ;)


Pesanan / Pertanyaan:



Shaklee

- Better you. Better world-

Salam Aidilfitri !!

Unknown | 10:29 PM | Be the first to comment!
Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan beraya bersama keluarga tercinta, nun jauh di Kedah hingga ke Pahang.

Okey. Tak terlamat lagi rasanya nak memohon kemaafan buat semua pelanggan Shaklee saya, rakan taulan, anda-anda yang setia membaca blog saya; Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Sejak kebelakangan ni, banyak saya lihat yang dah mula tak sihat, demam dan kena admit di hospital. Ye la, salah satu faktornya perubahan cuaca, perjalanan balik kampung yang jauh dan lama. Apa-apa pun, pesan saya, dalam keseronokan kita menyambut Aidilfitri ni, jangan lupa soal kesihatan diri terutamanya dan juga keluarga.

Alhamdulillah, saya guna Nutriferon dan Vitamin C untuk keluarga saya.. Moga-moga mereka yang saya sayang akan terus diberi kesihatan yg baik dan berpanjangan..

Nutriferon Shakleee, Vitamin C, Garlic & Zinc sesuai sebagai protection untuk tingkatkan imunisasi tubuh. Insya'allah, keluarga sihat, anda bahagia ;)

* Selamat Hari Raya from us *
Shaklee
- Better you. Better world-

Katakan YES dengan VIVIX Shaklee

Ramadhan semakin melabuhkan tirainya. Jadi, jangan sia-siakan masa yang berbaki ni. Seboleh-bolehnya momentum kita dalam mengerjakan ibadah di penghujung Ramadhan ni semakin bertambah untuk kita sama-sama 'feel' Lailatul Qadar tu, Insya'allah.

Bulan puasa ni, sistem penghadaman kita pun apa lagi, semuanya say 'YES', sebab apa? Bolehlah berehat sekejap daripada aktiviti pencernaan. Kalau tak, selagi tak tidur, memang kita makan, makan dan makan. Masa ni jugak la kita boleh ambil peluang untuk tingkatkan kualiti kesihatan tubuh badan. Kesian jugak kan kat sistem penghadaman, bekerja 11 bulan tanpa rehat yang panjang. Ada hikmah kita diwajibkan puasa sebulan di bulan Ramadhan.

Tambahan dengan pengambilan Vivix di bulan puasa ni, Insya'allah, semestinya boleh boost up tenaga kita. Vivix ni, masa tahun pertama diperkenalkan, jualannya mencecah 1 000 000  botol. Kat situ dah nampak kan betapa hebatnya khasiat Vivix ni. Ok, jom saya kupas satu per satu.

Apa itu Vivix?
Vivix merupakan revolusi terbaru dalam pemakanan polifenol. Ia merupakan cecair pekat yang berwarna merah( kalau bukan merah, tu bukan Vivix) terhasil daripada Anggur Muscadine dan beberapa tumbuhan lain.

Apa itu Polifenol?
Polifenol adalah kumpulan fotokimia, yang terdiri daripada sebatian tanaman, dimana mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. .

Kandungan Utama Vivix

Muscadine Grape (Anggur Muscadine)
- Dapat menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria

Purple Carrot
- Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung

Elderberry (Sambucus Niagra)
- Melindungi penyakit kardiovaskular dan jantung, serta mengurangkan stress, memperbaiki sistem penghadaman dan penglihatan.

Polygonum Cuspidatum
- Mampu melambatkan proses penuaan, merendahkan tahap kolestrol, menstabilkan tekanan darah serta membantu mengurangkan berat badan. WOW!! (",)

Apa Khasiat Vivix? 
Vivix terkenal dengan fungsinya untuk menghalang proses penuaan wajah ;Bagaimana? Kandungan utama Anggur Muscadine, bertindak balas mengawal agen penuaan. Vivix juga bertindak melindungi dan memperbaiki Sel DNA. Selain itu, Vivix membantu :

1. Melindungi jantung anda; mengelak serangan jantung dan angin ahmar.
2. Bersifat Antibiotik, menyahaktifkan virus (antivirus)
3. Kesihatan otak
4. Menstabilkan tekanan darah tinggi
5. Menurunkan paras gula dalam darah
6. Mengelakkan kanser
7. Membantu proses penghadaman

Individu - individu berikut amat digalakkan untuk mengambil Vivix 

1. Perokok tegar yang ingin berhenti merokok
2. Pesakit kanser
3. Darah tinggi/Kencing Manis
4. Sembelit
5. Pesakit Batu Karang
6. Individu yang Mementingkan kesihatan

Ada berita baik. Shaklee tengah buat promo untuk pelanggan-pelanggannya yang dihargari, beli 2 Botol Vivix, dapat diskaun 5%, FREE KEAHLIAN SHAKLEE SEUMUR HIDUP DAN FREE VITALEA (WORTH RM 94.10) + Shaklee akan bagi bonus pulak lagi tu..

Dan.. kalau sesiapa nak restock Vivix banyak-banyak, ada lagi promo lebih jimat. Beli 6 botol Vivix, FREE 1 Botol VIVIX, FREE VITALEA DAN FREE KEAHLIAN SHAKLEE SEUMUR HIDUP + Bonus (Duit Raya) daripada Shaklee.

Saya pulak? Of course la akan bagi FREE POSTAGE/DELIVERY untuk anda..

Untungnya anda yang beli Vivix bulan Julai ni.
JOM, KATAKAN YES DENGAN VIVIX SHAKLEE

Cepat-cepat hubungi saya, dan saya terangkan lebih lanjut.






Shaklee- Better you. Better world-

Shaklee bantu rawat Cyst dan Fibroid

Assalamualaikum. Hai semua.
Semoga pembaca blog saya terus diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan.

Saya terpanggil untuk kongsi tentang penyakit berkaitan sistem peranakan, yang dihidapi oleh para wanita, iaitu fibroid dan cyst. Bagi yang pernah mengalaminya, pasti dah tau situasi penyakit tersebut dan cara merawatnya. Tak salah kalau kita jadikan pengetahuan, mana tau satu hari nanti org terdekat kita dijangkiti cyst/fibroid? 

Nauzubillah, mintak dijauhkan.

Apakah itu Fibroid?

  • Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim. Walau bagaimanapun, ia tidak merbahaya dan bukanlah sejenis kanser. (**lega sikit dengar)
  • Fibroid boleh terbentuk dalam beberapa biji kecil (dalam bilangan yang banyak) ataupun dalam satu biji yang boleh aktif membesar sehingga sebesar biji tembikai. **Tak dapat bayang kan kalau sebesar biji tembikai tu hidup dalam ovari kita? 
* Keadaan Fibroid dalam rahim *
Berikut merupakan jenis fibroid :
  • Fibroid Pedunkal - Membesar secara bertangkai daripada permukaan bahagian luar rahim atau permukaan bahagian dalam rahim dan kadang kala menjalar keluar dari pangkal rahim (serviks)
  • Fibroid Subserus - Membesar di bahagian luar dinding rahim
  • Fibroid Intramural - Membesar di antara otot rahim pada bahagian dinding
  • Fibroid Submukus - Membesar daripada bahagian bawah salutan rahim ke bahagian dalam rahim
Punca Fibroid
  • Penyakit ini lebih kerap dikesan pada wanita yang tidak mempunyai anak/lambat mendapat anak.
  • Ketidakseimbangan hormon estrogen dan progestron adalah punca utama. Lebihan hormon estrogen akan menyebabkan fibroid membesar.

Tanda-tanda mengalami Fibroid
Lazimnya, kebanyakan wanita tidak mempunyai simptom yang nyata. Wanita yang mengalami fibroid juga menunjukkan tanda-tanda yang berbeza dengan wanita yang lain. Ia bergantung pada saiz dan lokasi fibroid terjadi dalam rahim, dan mungkin mengalami tanda-tanda seperti berikut :
  • Terasa senak di bahagian bawah abdomen/tekanan pada pelvis
  • Senggugut yang teruk
  • Mengalami pendarahan yang banyak dan berpanjangan ketika haid
  • Pendarahan pada masa sebelum hari yang sepatutnya kedatangan haid.
  • Mengalami perut buncit yang luar biasa, 
  • Wanita yang sering keguguran dan mengalami masalah sukar untuk hamil
  • Sembelit (akibat tekanan fibroid pada saluran najis) dan kerap buang air kecil
**kalau ada lebih dari 2 tanda-tanda di atas, elok buat pemeriksaan lanjut. 

Kesan Fibroid
  • Tidak semua pesakit Fibroid mengalami kesukaran untuk hamil, hanya segelintir sahaja. Ini kerana, embrio menghadapi kesukaran untuk menempel pada dinding rahim disebabkan kehadiran Fibroid. Bergantung pada saiz Fibroid, sekiranya terlalu besar, boleh menyebabkan salur fallopio tersumbat, dan mengakibatkan kesukaran untuk hamil.
  • Wanita yang mengalami Fibroid dan hamil pada masa yang sama akan mengalami kesakitan dan tekanan pada pelvik. 
  • Oleh itu, sebaiknya, jika Fibroid dikesan sebelum kehamilan lagi, eloklah mengambil langkah rawatan yang sewajarnya secepat mungkin. Ini kerana, Fibroid berisiko untuk membesar bersama-sama bayi dalam kandungan jika didapati mengandung semasa mengahidapinya.

Langkah Rawatan
Setiap penyakit Insya'allah ada ubatnya.Jika saiz Fibroid kecil dan tidak berbahaya, ia hanya memerlukan pemantauan yang kerap melalui imbasan CT Scan dan juga dengan pengambilan supplemen yang sesuai. 

Antara pilihan rawatan 
  • Pembedahan buang rahim (Histerektomi) - Jika wanita tersebut membuat keputusan untuk tidak melahirkan anak lagi, ini adala pilihan terbaik. Ia dapat mengelakkan fibroid secara kekal. Kesan : putus haid (menopaus) dan tidak boleh hamil lagi.
  • Pembedahan Fibroid tanpa membuang rahim (Miomektomia) - pesakit boleh hamil jika memilih kaedah ini. Namun, kemungkinan untuk kehadiran semula Fibroid adalah dalam tempoh 10 tahun
  • Suntikan untuk mengecutkan rahim - tidak akan menghilangkan fibroid sepenuhnya dan rawatan ini hanya boleh diberi untuk enam bulan.

Apa itu Cyst?
* kedudukan Cyst dalam ovari *
  • Kategori Cyst berbeza-beza mengikut jenis dan lokasinya.
  • Salah satunya adalah Cyst Ovari - pengumpulan cecair yang berada dalam ovari wanita.
  • Ia berpotensi berlaku paling kerap ketika usia wanita subur, iaitu seawal remaja sehingga sebelum putus haid.
  • Kebanyakan cyst ini dari jenis tidak merbahaya (benign) dan ia biasanya terbentuk akibat proses fisiologi normal seorang wanita dalam kitar haid. 
Rawatan untuk Cyst
  • Ujian ultrasound/ CT scan boleh membantu mengesahkan status cyst ini.
  • Rawatannya bergantung pada saiz cyst, usia pesakit, kekerapan kesakitan berlaku dan jenis cyst itu sendiri.
  • Jika berisiko tinggi, pembedahan untuk mengeluarkan kantung tersebut daripada ovari dan sampel sel diuji samada mengandungi sel kanser atau tidak.
Sebelum pesakit Fibroid dan Cyst mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan, ataupun yang baru dapat kesan penyakit ni, saya cadangkan agar mencuba dengan rawatan menggunakan Supplemen Shaklee. Insya'allah GLA Complex daripada Shaklee dapat membantu mengecutkan saiz fibroid/cyst. 

* GLA Complex Shaklee *


Bagaimana GLA Complex bantu mengecutkan Fibroid & Cyst?
Fungsi Gamma-Linoleic Acid (GLA Complex Shaklee) adalah untuk menstabilkan hormon dalam badan. Lebihan penghasilan hormon estrogen akan merangsang pertumbuhan fibroid. Sepatutnya, ada keseimbangan antara hormon Estrogen (dihasilkan oleh kilang ovari) dan Progesteron (dirembeskan jika berlaku ovulasi/ penetasan telur). 

Jika tiada proses pengovulan, kandungan progesteron tidak meningkat dan ini menggalakkan tindakan estrogen tanpa tindakan progesteron. Kesannya, berbagai jenis pertumbuhan berlaku dalam rahim atau payudara, dan diantaranya fibroid,cyst atau kanser. Di sinilah GLA Complex Shaklee membantu menstabilkan hormon dalam badan dan dapat mencegah fibroid,cyst mahupun kanser. 

* Testimoni pengguna GLA yang dihidapi Cyst *



Pernah berlaku Cyst dah kecut tapi aktif membesar semula ?
Untuk mengelakkan ketumbuhan ini aktif membesar semula, pengambilan Vitamin A, C dan E (Caratomax, Vitamin C & Vitamin E) amat digalakkan untuk menyekat cyst atau fibroid membesar semula. Radikal bebas boleh menyebabkan sel-sel tidak baik ini hidup semula jika kita tidak mengamalkan gaya hidup sihat. 



Kenapa Vitamin A, C dan E?

Vitamin-vitamin ini bersifat antioksidan yang kuat, dimana antioksidan adalah ejen pembasmi sel kanser dan merupakan penentang radikal bebas yang akan memusnahkan molekul jahat yang menyerang sel sihat. 

Sedikit sebanyak perkongsian ini dapat beri info baru serta membantu anda mengatasi cyst/fibroid. Selepas mengambil tahu akan hal ini, sebolehnya kita semua minta dijauhkan daripada menghidapinya. Bukan apa, rahim tu merupakan mahkota paling berharga buat setiap wanita. 

Kesimpulannya, pengambilan nutrisi yang sihat dan seimbang amat penting dalam kehidupan seharian. Setiap penyakit itu puncanya daripada kurang vitamin tertentu dalam badan. Insya'allah, Shaklee dapat membantu anda mengatasinya. 

Jangan segan silu hubungi saya untuk pertanyaan/pembelian:

Shaklee
- Better you. Better world-

Set Kehamilan Shaklee 4 in 1

Semua orang inginkan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan mereka. Saya pun !!! Alhamdulillah, diberi peluang lagi untuk hamil kali kedua. Dan kalini saya tak lepaskan peluang makan supplemen shaklee seawal usia kandungan 5 minggu lagi sebab nak baby dapat nutrien sucukupnya. Waktu anak pertama dulu, hanya dipertemukan dengan Shaklee masa dalam pantang. Tapi, baby masih dapat nutrien daripada supplemen yang saya makan melalui susu ibu. Siapa taknak yang terbaik untuk anak-anaknya kan??

Jom saya intro sikit pasal Set Kehamilan Shaklee ni. 

Apa yang istimewa sangat, sampai jadi pilihan No 1 ibu-ibu? 

Set Kehamilan Shaklee ni macam set berantai. Kenapa saya kata berantai?
Sebab boleh dimakan bermula dari seawal merancang untuk hamil, sepanjang tempoh 9 bulan mengandung, semasa berpantang (selepas bersalin) dan juga semasa menyusukan anak. Jimat bukan? 4 dalam 1

*Set Kehamilan 4 dalam 1 Shaklee*



Banyaknya supplemen yang nak kena makan?

Relax..Jangan terkejut dulu. Setiap supplemen yang dicadangkan ada fungsi tertentu untuk bekalan nutrisi baby dan jugak ibu.
Ini antara vitamin penting untuk kandungan Trimester 1. Secara ringkasnya, saya brief serba sedikit apa kepentingan setiap vitamin.


Vitalea - multivitamin kaya dengan zat besi
**penting untuk setiap sel mendapat semua vitamin 'essentials''dalm pembentukan organ. Paling penting sewaktu mengandung ni HB kan.Nak maintain cantik ja bacaannya >11, so, Vitalea jugak berperanan dalam penghasilan darah dan tumbesaran janin.




Vitamin C
** sewaktu mengandung, kalau ibu demam, doktor tak galakkan ambik panadol. Jadi, ambik siap-siap Vitamin C untuk protection dari jangkitan virus/demam. Jadi, antibodi pun kuat, Ibu dan Baby kekal sihat, xmudah jatuh sakit ;) Vitamin C juga merangsang penghasilan kolagen.



Ostematrix (sumber kalsium)
**Kalau ibu-ibu yang xsuka minum susu atau kadang-kadang terskip rutin harian minum susu, ostematrix boleh topup pengambilan kalsium yang tak cukup tu. Minum ke tak susu 2 gelas sehari? Krik krik...Ostematrix jugak membantu pembentukan sel darah merah serta fizikal tulang bayi.





B Complex
**Sumber asid folik yang penting untuk pertumbuhan sistem saraf bayi seawal minggu pertama kelahiran. Amat penting untuk perkembangan otak dan organ bayi. Ibu yang mengalami darah rendah/Anemia in pregnancy, sangat digalakkan mengambil B Complex.
Juga dikenali sebagai vitamin Anti-stress. 


Bila kandungan dah capai Trimester 2 dan 3, tambahkan lagi vitamin ni.



ESP (Energizing Soy Protein)
**Dalam pembentukan sel, protein yg mengandungi asid amino adalah sangat penting. Pada fasa ni, bayi semakin pesat membesar dan memerlukan lebih banyak protein untuk pembentukan sel. 



Omega Guard 
**Selalu tengok iklan Anmum pasal sel otak sedang berhubung. Kalau ibu-ibu ambik supplemen ni, confirm baby respon dialog camtu. hehe. acah je..tapi memang penting pun Omega ni sebab kandungan DHA nya yang tinggi penting untuk pembentukal sel otak bayi. Ia juga boleh mengawal kadar kolestrol ibu. Kurangla rasa penat dan mengantuk,terutama untuk ibu-ibu yang bekerja seharian. Confirm energetic sampai malam ;) 


Sempena dengan usia 100 tahun Vitalea Shaklee, Shaklee baik hati sangat nak bagi
VITALEA FREE yang mana berharga RM 94, kepada setiap pendaftaran ahli baru. Untung sangat-sangat. Pengalaman saya, kalau nak dekat-dekat tarikh bersalin, HB akan drop sebab waktu tu, selera makan dah berkurang. Jadi, ibu-ibu boleh guna hadiah Shaklee bagi ni untuk maintain HB >11 ;)

*Daftar Ahli FREE Vitalea*


Jangan lepaskan peluang ni. Pelaburan untuk kesihatan dan masa depan anak-anak ni bukan suatu pelaburan yang sia-sia. Tak salah kalau kita usahakan yang terbaik untuk anak-anak kan..

Saya pun mengamalkan pengambilan set kehamilan Shaklee ni. Dan bila pantang nanti, saya dah tak payah risau untuk spend duit bagi set berpantang dah. Sebab boleh sambung terus makan waktu berpantang dan menyusu bayi nanti. Cuma topup je bila dah habis. 

Untuk satu Set Kehamilan Shaklee ni, ada diskaun 5% bagi setiap item bersempena dengan promosi YES! Healthy Posnatal Set. Jangan lepaskan peluang untuk memilikinya hari ini.

* Penjimatan Yes Pack sebanyak 5%. Berbaloi *



Jangan segan silu hubungi saya untuk pertanyaan/pembelian:




Shaklee
- Better you. Better world-

Cabaran Kurus Dalam Masa 8 minggu

Hi semua. Tengok pada tajuk entry kalini pun dah menarik dan tertanya-tanya kan. Nak cabar sapa pulak ni? Stress kan kalau kita digelar gemuk ataupun secara fizikalnya kita memang gemuk (kadang-kadang xboleh nak hadapi kenyataan tu. saya pernah rasa)

Nak beli baju susah.
Nak cari saiz apatah lagi, terus putus asa.
Fesyen pun terbatas, maklumlah kalau menyerlah sangat nampak pulak spare tyre. kehkehkeh
Bukan tak pernah cuba diet, tapi halfway, semangat hilang, last skali give up.

Jangan putus asa ...!!!

Pada hakikatnya, kalau kita dicabar atau melakukan sesuatu dengan meletakkan satu matlamat, Insya'allah, you deserve it.



Oleh itu, bersempena dengan Aidilfitri yang bakal tiba ni, saya nak bantu wanita-wanita di luar sana untuk buktikan, yang anda menjadi perbualan hangat di Hari Raya nanti sebab berjaya turunkan berat badan dengan drastik. 

Saya menjemput anda yang serius ingin menurunkan berat badan 

Jom sertai 

Weight Loss Challenge
Only for Ladies



Yuran RM 100 sahaja ( anda dapat Free Membership Shaklee seumur hidup + Free Kit Bag Shaklee)
Tempoh : 8 minggu (8 Jun 2015 - 2 Ogos 2015)
Lokasi peserta : sekitar Lembah Klang (KL/Shah Alam)

Peserta yang mendaftar beserta dengan bayaran yuran penyertaan akan dikumpulkan untuk satu sesi pengukuran berat badan sebelum tempoh 8 minggu cabaran bermula.

Sebagai pembakar semangat anda, setiap cabaran mesti ada habuannya. Of course 
Drumroll sikit.....

Hadiah Utama = RM500 
(jika penyertaan melebihi 10 orang, HADIAH UTAMA AKAN DIGANDAKAN MENJADI RM1000)
Tempat Ke-2 = Barangan Kesihatan Shaklee bernilai RM100
Tempat ke-3 = Barangan Kesihatan Shaklee bernilai RM50

Syarat pemilihan pemenang : Peserta yang paling banyak turun berat badan (kg) adalah pemenang utama.

Bulan puasa ni lah peluang terbaik untuk anda turunkan berat badan.
Kalau anda tak letakkan satu matlamat,
anda susah untuk disiplinkan diri dalam menurunkan berat badan.
Jom sahut cabaran saya sambil mencapai berat idaman anda.



You better start now, on NEVER. Berminat? Hubungi saya untuk pertanyaan/pendaftaran. 




Shaklee
- Better you. Better world-

7 Cara Merawat Sembelit dan hilangkan kesengsaraan anda !!

Unknown | 11:50 PM | | | 1 Comment so far
SEMBELIT selalu dikaitkan dengan kesukaran seseorang untuk membuang air besar disebabkan oleh pengerasan najis sehingga menyebabkan kesakitan untuk mengeluarkannya. Ia amat menyakitkan dan jika dibiarkan mudaratnya boleh membuatkan terjadinya buasir. 


Sungguh mengerikan pengalaman sembelit ni kan?

Pengalaman saya dengan sembelit ni adalah sewaktu fasa berpantang selepas melahirkan anak. Nak-nak pulak anak pertama masa tu.. Memang zero experince la orang kata. Bermacam tips dan petua saya cuba hinggakan saya bertemu dengan penyelamat natural dan semulajadi dari Shaklee.  

Jom saya kongsikan 7 Cara untuk rawat Sembelit 

1. Minum banyak air kosong 
Punca yang paling utama sekali berlakunya sembelit disebabkan oleh kekurangan pengambilan air dalam kehidupan seharian. Betapa pentingnya meminum air dengan secukupnya, iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Tiada masalah kalau terlebih meminum air kerana ia mudah dikumuhkan melalui proses kencing. Tak ada istilah minum air boleh gemuk. Semua tu mitos saja. Untuk memastikan anda disiplin dalam pengambilan air kosong seharian, sediakan satu botol minuman contohnya 1 liter, dan anda harus paksa diri anda habiskannya. 

 2. Makan makanan tinggi serat; sayur-sayuran dan buah-buahan 
Dalam pengambilan makanan seharian, jangan ketepikan pengambilan sayuran dan buah-buahan. ini kerana, sayur dan buah bersifat seperti serat yang berfungsi untuk menyerap air dan melembutkan najis. Contoh buah dan sayur yang tinggi serat adalah epal, pear, betik, pisang, brokoli, lobak, kubis, dan jagung manis. Kekacang seperti kacang hitam dan kacang merah juga merupakan sumber serat terbaik. 

 3. Jus Prun 
Rasanya sedap. Ia boleh mengatasi sembelit. Anda boleh mengambilnya dalam bentuk buah atau jus. Kandungan sorbitol dalam prun sebagai perangsang kolon ringan yang membantu mengurangkan masa pergerakan najis dan mengurangkan risiko sembelit.

 4. Guna Tandas Cangkung 
Jangan pandang remeh ya. Tandas Cangkung lebih bagus untuk mereka yang kerap menghadapi masalah sembelit berbanding tandas duduk. Jika rumah anda tak ada tandas cangkung, anda boleh cuba step seperti dalam video ini. ;)


Postur yang bertul memudahkan pengeluaran najis



 5. Bersenam dan beriadah 
Jangan tak percaya ya.. Anda digalakkan untuk melakukan sedikit senaman ringan untuk menggerakkan sistem pencernaan secara aktif dan memudahkan proses membuang air besar. 

 6. Prime Enema 
Ubat ni anda boleh dapatkan di farmasi.  Caranya adalah, masukkan ke dalam punggung dan picit airnya. Awas ya, Kesannya sepantas kilat, jadi anda harus berada dekat dengan tandas. Tapi tak digalakkan untuk digunakan selalu bagi jangka masa yang panjang. Ini kerana, Prime Enema cuma memudahkan pengeluaran najis di bahagian dubur (punggung). 



Jika najis anda berterusan dalam keadaan keras, 
ini berisiko untuk menghadapi masalah usus. 

Jadi, solusinya adalah;

7. Penyelamat semulajadi Herblax 
Herblax adalah ramuan semulajadi yang terdiri  daripada 9 herba semulajadi. Takdak lasngsung ubat sintetik dari bahan kimia tau. Jadi, ia selamat untuk penggunaan berterusan dalam jangka masa yang panjang. Herblax bukan saja membantu merawat sembelit, malah bertindak 2 dalam 1, dimana mendetoks tubuh badan kita dari segala toksin yang terkumpul di dalam usus perut akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang.  Lepas ni, takdala trauma lagi nak ke tandas buang air besar. 



 PERINGATAN!!! 
*Herblax tidak boleh digunakan bagi wanita mengandung dan kanak - kanak. 

 Merawat Sembelit bagi wanita mengandung dengan Ostematrix 
Bagi wanita mengandung yang menghadapi masalah sembelit, saya cadangkan untuk mengambil Ostematrix. Disamping melengkapkan pengambilan kalsium dalam nutrisi seharian ibu mengandung, kandungan magnesium dalam Ostematrix bertindak untuk melembutkan najis. Sepanjang proses kehamilan saya, belum lagi saya pernah alami masalah sembelit dengan pengambilan Ostematrix secara konsisten dan berterusan. 

Jangan segan silu hubungi saya untuk pertanyaan/pembelian:



Shaklee
- Better you. Better world-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

HOME| PRODUK| PAKEJ| TESTIMONI| DAFTAR AHLI| HUBUNGI KAMI| Top of page