7 Cara Merawat Sembelit dan hilangkan kesengsaraan anda !!

Unknown | 11:50 PM | | |
SEMBELIT selalu dikaitkan dengan kesukaran seseorang untuk membuang air besar disebabkan oleh pengerasan najis sehingga menyebabkan kesakitan untuk mengeluarkannya. Ia amat menyakitkan dan jika dibiarkan mudaratnya boleh membuatkan terjadinya buasir. 


Sungguh mengerikan pengalaman sembelit ni kan?

Pengalaman saya dengan sembelit ni adalah sewaktu fasa berpantang selepas melahirkan anak. Nak-nak pulak anak pertama masa tu.. Memang zero experince la orang kata. Bermacam tips dan petua saya cuba hinggakan saya bertemu dengan penyelamat natural dan semulajadi dari Shaklee.  

Jom saya kongsikan 7 Cara untuk rawat Sembelit 

1. Minum banyak air kosong 
Punca yang paling utama sekali berlakunya sembelit disebabkan oleh kekurangan pengambilan air dalam kehidupan seharian. Betapa pentingnya meminum air dengan secukupnya, iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Tiada masalah kalau terlebih meminum air kerana ia mudah dikumuhkan melalui proses kencing. Tak ada istilah minum air boleh gemuk. Semua tu mitos saja. Untuk memastikan anda disiplin dalam pengambilan air kosong seharian, sediakan satu botol minuman contohnya 1 liter, dan anda harus paksa diri anda habiskannya. 

 2. Makan makanan tinggi serat; sayur-sayuran dan buah-buahan 
Dalam pengambilan makanan seharian, jangan ketepikan pengambilan sayuran dan buah-buahan. ini kerana, sayur dan buah bersifat seperti serat yang berfungsi untuk menyerap air dan melembutkan najis. Contoh buah dan sayur yang tinggi serat adalah epal, pear, betik, pisang, brokoli, lobak, kubis, dan jagung manis. Kekacang seperti kacang hitam dan kacang merah juga merupakan sumber serat terbaik. 

 3. Jus Prun 
Rasanya sedap. Ia boleh mengatasi sembelit. Anda boleh mengambilnya dalam bentuk buah atau jus. Kandungan sorbitol dalam prun sebagai perangsang kolon ringan yang membantu mengurangkan masa pergerakan najis dan mengurangkan risiko sembelit.

 4. Guna Tandas Cangkung 
Jangan pandang remeh ya. Tandas Cangkung lebih bagus untuk mereka yang kerap menghadapi masalah sembelit berbanding tandas duduk. Jika rumah anda tak ada tandas cangkung, anda boleh cuba step seperti dalam video ini. ;)


Postur yang bertul memudahkan pengeluaran najis



 5. Bersenam dan beriadah 
Jangan tak percaya ya.. Anda digalakkan untuk melakukan sedikit senaman ringan untuk menggerakkan sistem pencernaan secara aktif dan memudahkan proses membuang air besar. 

 6. Prime Enema 
Ubat ni anda boleh dapatkan di farmasi.  Caranya adalah, masukkan ke dalam punggung dan picit airnya. Awas ya, Kesannya sepantas kilat, jadi anda harus berada dekat dengan tandas. Tapi tak digalakkan untuk digunakan selalu bagi jangka masa yang panjang. Ini kerana, Prime Enema cuma memudahkan pengeluaran najis di bahagian dubur (punggung). 



Jika najis anda berterusan dalam keadaan keras, 
ini berisiko untuk menghadapi masalah usus. 

Jadi, solusinya adalah;

7. Penyelamat semulajadi Herblax 
Herblax adalah ramuan semulajadi yang terdiri  daripada 9 herba semulajadi. Takdak lasngsung ubat sintetik dari bahan kimia tau. Jadi, ia selamat untuk penggunaan berterusan dalam jangka masa yang panjang. Herblax bukan saja membantu merawat sembelit, malah bertindak 2 dalam 1, dimana mendetoks tubuh badan kita dari segala toksin yang terkumpul di dalam usus perut akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang.  Lepas ni, takdala trauma lagi nak ke tandas buang air besar. 



 PERINGATAN!!! 
*Herblax tidak boleh digunakan bagi wanita mengandung dan kanak - kanak. 

 Merawat Sembelit bagi wanita mengandung dengan Ostematrix 
Bagi wanita mengandung yang menghadapi masalah sembelit, saya cadangkan untuk mengambil Ostematrix. Disamping melengkapkan pengambilan kalsium dalam nutrisi seharian ibu mengandung, kandungan magnesium dalam Ostematrix bertindak untuk melembutkan najis. Sepanjang proses kehamilan saya, belum lagi saya pernah alami masalah sembelit dengan pengambilan Ostematrix secara konsisten dan berterusan. 

Jangan segan silu hubungi saya untuk pertanyaan/pembelian:



Shaklee
- Better you. Better world-

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

HOME| PRODUK| PAKEJ| TESTIMONI| DAFTAR AHLI| HUBUNGI KAMI| Top of page