Shaklee bantu rawat Cyst dan Fibroid

Assalamualaikum. Hai semua.
Semoga pembaca blog saya terus diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan.

Saya terpanggil untuk kongsi tentang penyakit berkaitan sistem peranakan, yang dihidapi oleh para wanita, iaitu fibroid dan cyst. Bagi yang pernah mengalaminya, pasti dah tau situasi penyakit tersebut dan cara merawatnya. Tak salah kalau kita jadikan pengetahuan, mana tau satu hari nanti org terdekat kita dijangkiti cyst/fibroid? 

Nauzubillah, mintak dijauhkan.

Apakah itu Fibroid?

  • Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim. Walau bagaimanapun, ia tidak merbahaya dan bukanlah sejenis kanser. (**lega sikit dengar)
  • Fibroid boleh terbentuk dalam beberapa biji kecil (dalam bilangan yang banyak) ataupun dalam satu biji yang boleh aktif membesar sehingga sebesar biji tembikai. **Tak dapat bayang kan kalau sebesar biji tembikai tu hidup dalam ovari kita? 
* Keadaan Fibroid dalam rahim *
Berikut merupakan jenis fibroid :
  • Fibroid Pedunkal - Membesar secara bertangkai daripada permukaan bahagian luar rahim atau permukaan bahagian dalam rahim dan kadang kala menjalar keluar dari pangkal rahim (serviks)
  • Fibroid Subserus - Membesar di bahagian luar dinding rahim
  • Fibroid Intramural - Membesar di antara otot rahim pada bahagian dinding
  • Fibroid Submukus - Membesar daripada bahagian bawah salutan rahim ke bahagian dalam rahim
Punca Fibroid
  • Penyakit ini lebih kerap dikesan pada wanita yang tidak mempunyai anak/lambat mendapat anak.
  • Ketidakseimbangan hormon estrogen dan progestron adalah punca utama. Lebihan hormon estrogen akan menyebabkan fibroid membesar.

Tanda-tanda mengalami Fibroid
Lazimnya, kebanyakan wanita tidak mempunyai simptom yang nyata. Wanita yang mengalami fibroid juga menunjukkan tanda-tanda yang berbeza dengan wanita yang lain. Ia bergantung pada saiz dan lokasi fibroid terjadi dalam rahim, dan mungkin mengalami tanda-tanda seperti berikut :
  • Terasa senak di bahagian bawah abdomen/tekanan pada pelvis
  • Senggugut yang teruk
  • Mengalami pendarahan yang banyak dan berpanjangan ketika haid
  • Pendarahan pada masa sebelum hari yang sepatutnya kedatangan haid.
  • Mengalami perut buncit yang luar biasa, 
  • Wanita yang sering keguguran dan mengalami masalah sukar untuk hamil
  • Sembelit (akibat tekanan fibroid pada saluran najis) dan kerap buang air kecil
**kalau ada lebih dari 2 tanda-tanda di atas, elok buat pemeriksaan lanjut. 

Kesan Fibroid
  • Tidak semua pesakit Fibroid mengalami kesukaran untuk hamil, hanya segelintir sahaja. Ini kerana, embrio menghadapi kesukaran untuk menempel pada dinding rahim disebabkan kehadiran Fibroid. Bergantung pada saiz Fibroid, sekiranya terlalu besar, boleh menyebabkan salur fallopio tersumbat, dan mengakibatkan kesukaran untuk hamil.
  • Wanita yang mengalami Fibroid dan hamil pada masa yang sama akan mengalami kesakitan dan tekanan pada pelvik. 
  • Oleh itu, sebaiknya, jika Fibroid dikesan sebelum kehamilan lagi, eloklah mengambil langkah rawatan yang sewajarnya secepat mungkin. Ini kerana, Fibroid berisiko untuk membesar bersama-sama bayi dalam kandungan jika didapati mengandung semasa mengahidapinya.

Langkah Rawatan
Setiap penyakit Insya'allah ada ubatnya.Jika saiz Fibroid kecil dan tidak berbahaya, ia hanya memerlukan pemantauan yang kerap melalui imbasan CT Scan dan juga dengan pengambilan supplemen yang sesuai. 

Antara pilihan rawatan 
  • Pembedahan buang rahim (Histerektomi) - Jika wanita tersebut membuat keputusan untuk tidak melahirkan anak lagi, ini adala pilihan terbaik. Ia dapat mengelakkan fibroid secara kekal. Kesan : putus haid (menopaus) dan tidak boleh hamil lagi.
  • Pembedahan Fibroid tanpa membuang rahim (Miomektomia) - pesakit boleh hamil jika memilih kaedah ini. Namun, kemungkinan untuk kehadiran semula Fibroid adalah dalam tempoh 10 tahun
  • Suntikan untuk mengecutkan rahim - tidak akan menghilangkan fibroid sepenuhnya dan rawatan ini hanya boleh diberi untuk enam bulan.

Apa itu Cyst?
* kedudukan Cyst dalam ovari *
  • Kategori Cyst berbeza-beza mengikut jenis dan lokasinya.
  • Salah satunya adalah Cyst Ovari - pengumpulan cecair yang berada dalam ovari wanita.
  • Ia berpotensi berlaku paling kerap ketika usia wanita subur, iaitu seawal remaja sehingga sebelum putus haid.
  • Kebanyakan cyst ini dari jenis tidak merbahaya (benign) dan ia biasanya terbentuk akibat proses fisiologi normal seorang wanita dalam kitar haid. 
Rawatan untuk Cyst
  • Ujian ultrasound/ CT scan boleh membantu mengesahkan status cyst ini.
  • Rawatannya bergantung pada saiz cyst, usia pesakit, kekerapan kesakitan berlaku dan jenis cyst itu sendiri.
  • Jika berisiko tinggi, pembedahan untuk mengeluarkan kantung tersebut daripada ovari dan sampel sel diuji samada mengandungi sel kanser atau tidak.
Sebelum pesakit Fibroid dan Cyst mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan, ataupun yang baru dapat kesan penyakit ni, saya cadangkan agar mencuba dengan rawatan menggunakan Supplemen Shaklee. Insya'allah GLA Complex daripada Shaklee dapat membantu mengecutkan saiz fibroid/cyst. 

* GLA Complex Shaklee *


Bagaimana GLA Complex bantu mengecutkan Fibroid & Cyst?
Fungsi Gamma-Linoleic Acid (GLA Complex Shaklee) adalah untuk menstabilkan hormon dalam badan. Lebihan penghasilan hormon estrogen akan merangsang pertumbuhan fibroid. Sepatutnya, ada keseimbangan antara hormon Estrogen (dihasilkan oleh kilang ovari) dan Progesteron (dirembeskan jika berlaku ovulasi/ penetasan telur). 

Jika tiada proses pengovulan, kandungan progesteron tidak meningkat dan ini menggalakkan tindakan estrogen tanpa tindakan progesteron. Kesannya, berbagai jenis pertumbuhan berlaku dalam rahim atau payudara, dan diantaranya fibroid,cyst atau kanser. Di sinilah GLA Complex Shaklee membantu menstabilkan hormon dalam badan dan dapat mencegah fibroid,cyst mahupun kanser. 

* Testimoni pengguna GLA yang dihidapi Cyst *



Pernah berlaku Cyst dah kecut tapi aktif membesar semula ?
Untuk mengelakkan ketumbuhan ini aktif membesar semula, pengambilan Vitamin A, C dan E (Caratomax, Vitamin C & Vitamin E) amat digalakkan untuk menyekat cyst atau fibroid membesar semula. Radikal bebas boleh menyebabkan sel-sel tidak baik ini hidup semula jika kita tidak mengamalkan gaya hidup sihat. 



Kenapa Vitamin A, C dan E?

Vitamin-vitamin ini bersifat antioksidan yang kuat, dimana antioksidan adalah ejen pembasmi sel kanser dan merupakan penentang radikal bebas yang akan memusnahkan molekul jahat yang menyerang sel sihat. 

Sedikit sebanyak perkongsian ini dapat beri info baru serta membantu anda mengatasi cyst/fibroid. Selepas mengambil tahu akan hal ini, sebolehnya kita semua minta dijauhkan daripada menghidapinya. Bukan apa, rahim tu merupakan mahkota paling berharga buat setiap wanita. 

Kesimpulannya, pengambilan nutrisi yang sihat dan seimbang amat penting dalam kehidupan seharian. Setiap penyakit itu puncanya daripada kurang vitamin tertentu dalam badan. Insya'allah, Shaklee dapat membantu anda mengatasinya. 

Jangan segan silu hubungi saya untuk pertanyaan/pembelian:

Shaklee
- Better you. Better world-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

HOME| PRODUK| PAKEJ| TESTIMONI| DAFTAR AHLI| HUBUNGI KAMI| Top of page