Set Kehamilan Shaklee 4 in 1

Semua orang inginkan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan mereka. Saya pun !!! Alhamdulillah, diberi peluang lagi untuk hamil kali kedua. Dan kalini saya tak lepaskan peluang makan supplemen shaklee seawal usia kandungan 5 minggu lagi sebab nak baby dapat nutrien sucukupnya. Waktu anak pertama dulu, hanya dipertemukan dengan Shaklee masa dalam pantang. Tapi, baby masih dapat nutrien daripada supplemen yang saya makan melalui susu ibu. Siapa taknak yang terbaik untuk anak-anaknya kan??

Jom saya intro sikit pasal Set Kehamilan Shaklee ni. 

Apa yang istimewa sangat, sampai jadi pilihan No 1 ibu-ibu? 

Set Kehamilan Shaklee ni macam set berantai. Kenapa saya kata berantai?
Sebab boleh dimakan bermula dari seawal merancang untuk hamil, sepanjang tempoh 9 bulan mengandung, semasa berpantang (selepas bersalin) dan juga semasa menyusukan anak. Jimat bukan? 4 dalam 1

*Set Kehamilan 4 dalam 1 Shaklee*



Banyaknya supplemen yang nak kena makan?

Relax..Jangan terkejut dulu. Setiap supplemen yang dicadangkan ada fungsi tertentu untuk bekalan nutrisi baby dan jugak ibu.
Ini antara vitamin penting untuk kandungan Trimester 1. Secara ringkasnya, saya brief serba sedikit apa kepentingan setiap vitamin.


Vitalea - multivitamin kaya dengan zat besi
**penting untuk setiap sel mendapat semua vitamin 'essentials''dalm pembentukan organ. Paling penting sewaktu mengandung ni HB kan.Nak maintain cantik ja bacaannya >11, so, Vitalea jugak berperanan dalam penghasilan darah dan tumbesaran janin.




Vitamin C
** sewaktu mengandung, kalau ibu demam, doktor tak galakkan ambik panadol. Jadi, ambik siap-siap Vitamin C untuk protection dari jangkitan virus/demam. Jadi, antibodi pun kuat, Ibu dan Baby kekal sihat, xmudah jatuh sakit ;) Vitamin C juga merangsang penghasilan kolagen.



Ostematrix (sumber kalsium)
**Kalau ibu-ibu yang xsuka minum susu atau kadang-kadang terskip rutin harian minum susu, ostematrix boleh topup pengambilan kalsium yang tak cukup tu. Minum ke tak susu 2 gelas sehari? Krik krik...Ostematrix jugak membantu pembentukan sel darah merah serta fizikal tulang bayi.





B Complex
**Sumber asid folik yang penting untuk pertumbuhan sistem saraf bayi seawal minggu pertama kelahiran. Amat penting untuk perkembangan otak dan organ bayi. Ibu yang mengalami darah rendah/Anemia in pregnancy, sangat digalakkan mengambil B Complex.
Juga dikenali sebagai vitamin Anti-stress. 


Bila kandungan dah capai Trimester 2 dan 3, tambahkan lagi vitamin ni.



ESP (Energizing Soy Protein)
**Dalam pembentukan sel, protein yg mengandungi asid amino adalah sangat penting. Pada fasa ni, bayi semakin pesat membesar dan memerlukan lebih banyak protein untuk pembentukan sel. 



Omega Guard 
**Selalu tengok iklan Anmum pasal sel otak sedang berhubung. Kalau ibu-ibu ambik supplemen ni, confirm baby respon dialog camtu. hehe. acah je..tapi memang penting pun Omega ni sebab kandungan DHA nya yang tinggi penting untuk pembentukal sel otak bayi. Ia juga boleh mengawal kadar kolestrol ibu. Kurangla rasa penat dan mengantuk,terutama untuk ibu-ibu yang bekerja seharian. Confirm energetic sampai malam ;) 


Sempena dengan usia 100 tahun Vitalea Shaklee, Shaklee baik hati sangat nak bagi
VITALEA FREE yang mana berharga RM 94, kepada setiap pendaftaran ahli baru. Untung sangat-sangat. Pengalaman saya, kalau nak dekat-dekat tarikh bersalin, HB akan drop sebab waktu tu, selera makan dah berkurang. Jadi, ibu-ibu boleh guna hadiah Shaklee bagi ni untuk maintain HB >11 ;)

*Daftar Ahli FREE Vitalea*


Jangan lepaskan peluang ni. Pelaburan untuk kesihatan dan masa depan anak-anak ni bukan suatu pelaburan yang sia-sia. Tak salah kalau kita usahakan yang terbaik untuk anak-anak kan..

Saya pun mengamalkan pengambilan set kehamilan Shaklee ni. Dan bila pantang nanti, saya dah tak payah risau untuk spend duit bagi set berpantang dah. Sebab boleh sambung terus makan waktu berpantang dan menyusu bayi nanti. Cuma topup je bila dah habis. 

Untuk satu Set Kehamilan Shaklee ni, ada diskaun 5% bagi setiap item bersempena dengan promosi YES! Healthy Posnatal Set. Jangan lepaskan peluang untuk memilikinya hari ini.

* Penjimatan Yes Pack sebanyak 5%. Berbaloi *



Jangan segan silu hubungi saya untuk pertanyaan/pembelian:




Shaklee
- Better you. Better world-

Cabaran Kurus Dalam Masa 8 minggu

Hi semua. Tengok pada tajuk entry kalini pun dah menarik dan tertanya-tanya kan. Nak cabar sapa pulak ni? Stress kan kalau kita digelar gemuk ataupun secara fizikalnya kita memang gemuk (kadang-kadang xboleh nak hadapi kenyataan tu. saya pernah rasa)

Nak beli baju susah.
Nak cari saiz apatah lagi, terus putus asa.
Fesyen pun terbatas, maklumlah kalau menyerlah sangat nampak pulak spare tyre. kehkehkeh
Bukan tak pernah cuba diet, tapi halfway, semangat hilang, last skali give up.

Jangan putus asa ...!!!

Pada hakikatnya, kalau kita dicabar atau melakukan sesuatu dengan meletakkan satu matlamat, Insya'allah, you deserve it.



Oleh itu, bersempena dengan Aidilfitri yang bakal tiba ni, saya nak bantu wanita-wanita di luar sana untuk buktikan, yang anda menjadi perbualan hangat di Hari Raya nanti sebab berjaya turunkan berat badan dengan drastik. 

Saya menjemput anda yang serius ingin menurunkan berat badan 

Jom sertai 

Weight Loss Challenge
Only for Ladies



Yuran RM 100 sahaja ( anda dapat Free Membership Shaklee seumur hidup + Free Kit Bag Shaklee)
Tempoh : 8 minggu (8 Jun 2015 - 2 Ogos 2015)
Lokasi peserta : sekitar Lembah Klang (KL/Shah Alam)

Peserta yang mendaftar beserta dengan bayaran yuran penyertaan akan dikumpulkan untuk satu sesi pengukuran berat badan sebelum tempoh 8 minggu cabaran bermula.

Sebagai pembakar semangat anda, setiap cabaran mesti ada habuannya. Of course 
Drumroll sikit.....

Hadiah Utama = RM500 
(jika penyertaan melebihi 10 orang, HADIAH UTAMA AKAN DIGANDAKAN MENJADI RM1000)
Tempat Ke-2 = Barangan Kesihatan Shaklee bernilai RM100
Tempat ke-3 = Barangan Kesihatan Shaklee bernilai RM50

Syarat pemilihan pemenang : Peserta yang paling banyak turun berat badan (kg) adalah pemenang utama.

Bulan puasa ni lah peluang terbaik untuk anda turunkan berat badan.
Kalau anda tak letakkan satu matlamat,
anda susah untuk disiplinkan diri dalam menurunkan berat badan.
Jom sahut cabaran saya sambil mencapai berat idaman anda.



You better start now, on NEVER. Berminat? Hubungi saya untuk pertanyaan/pendaftaran. 




Shaklee
- Better you. Better world-

7 Cara Merawat Sembelit dan hilangkan kesengsaraan anda !!

Unknown | 11:50 PM | | | 1 Comment so far
SEMBELIT selalu dikaitkan dengan kesukaran seseorang untuk membuang air besar disebabkan oleh pengerasan najis sehingga menyebabkan kesakitan untuk mengeluarkannya. Ia amat menyakitkan dan jika dibiarkan mudaratnya boleh membuatkan terjadinya buasir. 


Sungguh mengerikan pengalaman sembelit ni kan?

Pengalaman saya dengan sembelit ni adalah sewaktu fasa berpantang selepas melahirkan anak. Nak-nak pulak anak pertama masa tu.. Memang zero experince la orang kata. Bermacam tips dan petua saya cuba hinggakan saya bertemu dengan penyelamat natural dan semulajadi dari Shaklee.  

Jom saya kongsikan 7 Cara untuk rawat Sembelit 

1. Minum banyak air kosong 
Punca yang paling utama sekali berlakunya sembelit disebabkan oleh kekurangan pengambilan air dalam kehidupan seharian. Betapa pentingnya meminum air dengan secukupnya, iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Tiada masalah kalau terlebih meminum air kerana ia mudah dikumuhkan melalui proses kencing. Tak ada istilah minum air boleh gemuk. Semua tu mitos saja. Untuk memastikan anda disiplin dalam pengambilan air kosong seharian, sediakan satu botol minuman contohnya 1 liter, dan anda harus paksa diri anda habiskannya. 

 2. Makan makanan tinggi serat; sayur-sayuran dan buah-buahan 
Dalam pengambilan makanan seharian, jangan ketepikan pengambilan sayuran dan buah-buahan. ini kerana, sayur dan buah bersifat seperti serat yang berfungsi untuk menyerap air dan melembutkan najis. Contoh buah dan sayur yang tinggi serat adalah epal, pear, betik, pisang, brokoli, lobak, kubis, dan jagung manis. Kekacang seperti kacang hitam dan kacang merah juga merupakan sumber serat terbaik. 

 3. Jus Prun 
Rasanya sedap. Ia boleh mengatasi sembelit. Anda boleh mengambilnya dalam bentuk buah atau jus. Kandungan sorbitol dalam prun sebagai perangsang kolon ringan yang membantu mengurangkan masa pergerakan najis dan mengurangkan risiko sembelit.

 4. Guna Tandas Cangkung 
Jangan pandang remeh ya. Tandas Cangkung lebih bagus untuk mereka yang kerap menghadapi masalah sembelit berbanding tandas duduk. Jika rumah anda tak ada tandas cangkung, anda boleh cuba step seperti dalam video ini. ;)


Postur yang bertul memudahkan pengeluaran najis



 5. Bersenam dan beriadah 
Jangan tak percaya ya.. Anda digalakkan untuk melakukan sedikit senaman ringan untuk menggerakkan sistem pencernaan secara aktif dan memudahkan proses membuang air besar. 

 6. Prime Enema 
Ubat ni anda boleh dapatkan di farmasi.  Caranya adalah, masukkan ke dalam punggung dan picit airnya. Awas ya, Kesannya sepantas kilat, jadi anda harus berada dekat dengan tandas. Tapi tak digalakkan untuk digunakan selalu bagi jangka masa yang panjang. Ini kerana, Prime Enema cuma memudahkan pengeluaran najis di bahagian dubur (punggung). 



Jika najis anda berterusan dalam keadaan keras, 
ini berisiko untuk menghadapi masalah usus. 

Jadi, solusinya adalah;

7. Penyelamat semulajadi Herblax 
Herblax adalah ramuan semulajadi yang terdiri  daripada 9 herba semulajadi. Takdak lasngsung ubat sintetik dari bahan kimia tau. Jadi, ia selamat untuk penggunaan berterusan dalam jangka masa yang panjang. Herblax bukan saja membantu merawat sembelit, malah bertindak 2 dalam 1, dimana mendetoks tubuh badan kita dari segala toksin yang terkumpul di dalam usus perut akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang.  Lepas ni, takdala trauma lagi nak ke tandas buang air besar. 



 PERINGATAN!!! 
*Herblax tidak boleh digunakan bagi wanita mengandung dan kanak - kanak. 

 Merawat Sembelit bagi wanita mengandung dengan Ostematrix 
Bagi wanita mengandung yang menghadapi masalah sembelit, saya cadangkan untuk mengambil Ostematrix. Disamping melengkapkan pengambilan kalsium dalam nutrisi seharian ibu mengandung, kandungan magnesium dalam Ostematrix bertindak untuk melembutkan najis. Sepanjang proses kehamilan saya, belum lagi saya pernah alami masalah sembelit dengan pengambilan Ostematrix secara konsisten dan berterusan. 

Jangan segan silu hubungi saya untuk pertanyaan/pembelian:



Shaklee
- Better you. Better world-

Set Berpantang Shaklee yang complete wholesome

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam ceria buat para ibu di luar sana yang sedang berpantang mahupun yang bakal berpantang tak lama lagi. Dalam kesibukan untuk menimang cahaya mata baru, jangan terlupa pulak ‘CHECKLIST’ yang paling penting, tak lain tak bukan ‘Set Berpantang’. Kesihatan Ibu semasa berpantang adalah paling penting selepas kesihatan semasa mengandung. 

Jangan ambik mudah pulak..NO NO NO... !!!

Tengok ayat pun dah tau nak cita pasai set berpantang la ni. Ramai yang tertanya - tanya pada saya sebenaqnya.. 

Baguih ka Set Berpantang Shaklee ni? Selamat ka nak ambik set berpantang Shaklee ni ? Ni dia cek nak jawab segala pertanyaan hampa ;)


Pada awal 2014, saya dikurniakan seorang cahaya mata comel dan sihat, Sumayyah nama diberi. Alhamdulillah,rezeki saya dan baby, seawal hari pertama berpantang lagi, saya dah amalkan set berpantang Shaklee. Bila ceq dah rasa sendiri kesannya, barulah ceq yakin nak kongsi dengan hampa semua kebaikan Set Berpantang Shaklee nih.

Berbalik kepada apa yg ceq nak ceriita sebenaqnya adalah pemilihan makanan semasa fasa berpantang dan juga selepas melahirkan anak. Org dulu-dulu kata jangan minum ayaq(air) sejuk, Jangan makan laksa selagi anak tak umur setahun,nanti kembang. Tudia...kadang - kadang, nasihat ‘Orang Lama’ ni ada betuinya jugak..Depa mkn garam dulu sebelum kita. Kalau masa mengandung kita memang teliti bab pengambilan nutrien dan makanan seimbang, macamtu jugakla selepas bersalin. 

Kalau nak Cik Abang sayang...
kenala pandai jaga kesihatan diri. 
Ye dak? Hihi.

OK. Sedaq atau tidak, masa kita bersalin tu, hormon, mineral, dan lemak yang penting (essential fatty acid) telah digunakan ketika proses melahirkan anak. Haa, baru tau kan? So, kita kena la cari solution macamana nak kembalikan semula tahap keseimbangan segala aspek yang telah hilang dalam fasa bersalin tempoh hari. Bunyi macam serius ni.. Ya memang serius pun. Cuba bayangkan, kalau masa akan datang nanti, kita bakal bersalin lagi, tapi aspek yang hilang sewaktu fasa bersalin tadi tak capai tahap seimbang lagi? Macamana dengan kesihatan kita? Bahaya tu. Jangan main-main nooo...

Biasanya, para ibu yang sedang berpantang memerlukan tambahan tenaga sebanyak 500 cal daripada apa yang mereka makan. Kalau la, seorang wanita itu memerlukan 1500 cal sehari dgn beratnya yang tersendiri. Masa pantang, dia perlu ambil 2000 cal tuh. Kadangkala, ibu berpantang tidak cukup rehat dan tidur kerana menyusukan bayi dan mengalami masalah tidak berselera kerana tubuh masih lemah. Ooppss, tapi yang terlebih berselera pun ada. Lepas tu, menyesal makan banyak sebab berat tak berkurang. Hihihi

Kegagalan mendapatkan nutrisi yang mencukupi akan memberi kesan buruk kepada ibu dan juga bayi mereka. 

Sebagai contoh, zat besi dan vitamin B amat dan tersangat diperlukan bagi membentuk sel darah merah yg baru bagi menggantikan kehilangan darah yang banyak semasa proses kelahiran. Faham ka? Hihi..ini semua istilah sains. Tapi pengetahuan asas ja. Ceq pasti para ibu semua boleh faham kan..

Apa yang akan jadi jika fasa bersalin tadi tak capai tahap seimbang lagi? Macamana dengan kesihatan kita? Bahaya tu. Jangan main-main nooo...

Kerap juga kita dengaq istilah ‘Meroyan’ sering dikaitkandengan wanita yang berpantang. Situasi ni berlaku kerana ibu mungkin memiliki tahap zink yang rendah dalam darah. Ingat!!! Meroyan boleh membawa kesan buruk padaibu jika tak dapat dikawal. Selain itu, kalsium dan magnesium pun banyak digunakan ketika proses kelahiran. Tugas kedua-dua elemen ini adalah untuk mengecutkan rahim bagi memudahkan proses mengeluarkan bayi tau. Kita kena la ‘Topup’ balik apa yang telah berkurangan dalam badan kita..Sebab tu, pengambilan Set Berpantang Shaklee amat diperlukan untuk meningkatkan kesihatan tubuh dan mengembalikan semula keseimbangan kesihatan badan ibu-ibu yang baru lepas melahirkan anak.

*Set Berpantang Shaklee yang complete wholesome*

Setiap set mempunyai kebaikan nutrisinya yang tersendiri disamping mengembalikan keseimbangan kesihatan para Ibu selepas bersalin. Selalunya kalau anak kita kena ‘Jaundice’ (kuning), mak mesti tak bagi makan jamu. Tapi, Set Berpantang Shaklee ni selamat dan amat sesuai dimakan semasa pantang. 


Set Berpantang Shaklee terdiri daripada :



Vitalea (Multivitamin paling cool)
*Lengkap dengan 12 Vitamin dan 9 mineral penting untuk keperluan seharian tubuh badan.
*Zat Besi dalam Vitalea membantu penghasilan semula sel darah merah yang telah banyak hilang semasa proses melahirkan.
*Memberi tenaga kepada ibu sekaligus menyegarkanmuka daripada kelihatan pucat dan tidak bermaya.


Zinc Complex
*Penting untuk penyembuhan luka jahitan dalaman dan luaran.
*Sama khasiatnya seperti Ikan Haruan, bezanya Zinc sedia dan mudah untuk dimakan.
*Membantu mengatasi masalah kedinginan emosi semasa proses berpantang.
*Mengurangkan masalah keguguran rambut ibu dengan menguatkan akar rambut.

B-Complex
*Terkenal sebagaivitamin 'Anti-stress', dapat menghindarkan 'Meroyan'
*Meningkatkan penghasilan sel darah merah
*Menukarkan makanan kepada bentuk tenaga
*Melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh
*Memelihara kecantikan kulit

Sustained - Release Vita C
*1 biji vitamin C bersamaan dengan 1 1/2 biji buah oren.
*Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mengganti tisu yang rosak
*Mencantikkan kulit
*Meningkatkan imunisasi tubuh badan (sukar dijangkiti virus)

Masa dalam fasa berpantang ni, ceq jamin 100% para ibu mesti mengalami masalah sembelit. Kan Kan... Ceq dulu pon pernah. sampai trauma nak buang ayaq besaq. Alhamdulillah, nasib baik ada Herb-Lax Shaklee. Dalam next entry nanti, Ceq akan share dengan hampa pasai sembelit semasa berpantang dan tips merawatnya. Stay tuned ;) 

Bagaimana nak dapatkan Set Berpantang Shaklee ni?
Jangan segan silu hubungi saya untuk pertanyaan/pembelian:



Shaklee
- Better you. Better world-

Kenapa perlu ambil Suplemen?


  • Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar yang menjejaskan kesihatan badan. 
  • Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati daripada pemakanan.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran yang 'bertoksin' 'tercemar' akibat penggunaan racun serangga atau bahan kimia.
  • Amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok.
  • Rutin pemakanan dan diet yang tidak seimbang disebabkan terlalu sibuk dengan urusan harian.
  • Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam yang berlebihan.
  • Kehilangan nutrien dalam makanan akibat terlalu lama dimasak.
  • Makanan tidak berzat terutamanya makanan dikedai makan, restoran makanan segera dan sebagainya.





Jangan segan silu hubungi saya untuk pertanyaan/pembelian
CALL/WHATSAPP : Aida - 013.5190254
INSTAGRAM  : supplyvitamin

Shaklee
- Better you. Better world-

Daftar Keahlian Shaklee Percuma VITA-LEA??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dah lama guna produk Shaklee tapi belum jadi ahli??
Tak terlambat lagi untuk anda mendaftar sebagai Ahli.
Sempena dengan Ulangtahun yang ke-100 VITA-LEA,
Setiap pendaftaran keahlian SHAKLEE yang hanya serendah RM65, 
dapat FREE VITA-LEA yang berharga RM94.

Banyak sebenarnya khasiat VITA-LEA ni. Anda tak mudah letih, walau seharian bekerja, malah akan sentiasa bertenaga dan sihat. 

Disini saya kongsikan juga antara kelebihan mendaftar sebagai ahli SHAKLEE..


Wowww... Jangan lepaskan peluang KEEMASAN ini. Anda juga akan dibekalkan dengan satu kit beg SHAKLEE. Di dalamnya, terdapat kit permulaan dan pengenalan serba sedikit tentang produk dan bisnes SHAKLEE (Bagi yang berminat untuk jana pendapatan).

Jangan segan silu hubungi saya untuk pertanyaan/pembelian
CALL/WHATSAPP : Aida - 013.5190254
INSTAGRAM  : supplyvitamin

Shaklee
- Better you. Better world-





Tingkatkan Imunisasi Tubuh dengan Nutriferon

Unknown | 9:28 AM | | Be the first to comment!

Berita baik untuk pengguna setia Nutriferon. Bulan Mei ini,Shaklee dah buat 'come back'. So, jangan berlengah lagi. Jom restock Nutriferon banyak-banyak. Tak rugi pun. Satu family boleh guna. 


Pengalaman saya menggunakan Nutriferon, sewaktu anak saya berusia 9 bulan. Ketika itu, pertama kali dia dijangkiti virus demam. Saya segera bawa anak ke klinik. Setelah mendapat rawatan, doktor memberikan ubat batuk, selesema serta Nutriferon dan bukan Antibiotik. Menurut doktor, Nutriferon bertindak sebagai menguatkan imunisasi tubuh, sama seperti antibiotik. Malah ia jauh lebih baik kerana ia BERFUNGSI UNTUK MENGGALAKKAN TUBUH BADAN MENGHASILKAN ANTIBODI SECARA SEMULAJADI. 

Sejak dari itu,saya akan pastikan bekalan Nutriferon sentiasa ada di rumah. Kesannya,anak saya semakin sihat dan tidak mudah dijangkiti virus demam lagi. Saya dan suami juga turut menggunakannya. Kalau tiba-tiba rasa tak sedap badan, macam nak demam, cepat-cepat kami makan Nutriferon.Alhamdulillah, dah jarang bergantung pada paracetamol atau ubat antibiotik lain.

Walaubagaimanapun, sesuatu penyakit tu dapat sembuh dengan usaha serta izin dari-Nya. Apa yang penting adalah konsisten dalam pengambilan supplement dan cara yang betul. Oleh itu, pastikan anda membeli Produk Shaklee dari distributor yang sah dan dapat memberikan khidmat nasihat yang terbaik tentang pengambilan supplement.

Kesihatan itu suatu nikmat dan anugerah yang tak ternilai. Hargailah ia sebelum terlambat. Cewaahh ;)

Jangan segan silu hubungi saya untuk pertanyaan/pembelian

CALL/WHATSAPP : Aida - 013.5190254
INSTAGRAM  : supplyvitamin

SHAKLEE
- Better you. Better world-



Of Blog warming

Unknown | 2:42 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera

Selamat datang ke laman kesihatan Supplyvitamin. 
Kenapa saya pilih 'Supplyvitamin'?

'Supply' bermaksud membekalkan; dan 'vitamin' itu sendiri adalah mineral yang diperlukan untuk menjamin kesihatan yang berpanjangan sepanjang hayat. 

Sebagai salah seorang Shaklee Distributor, saya bersedia meberikan tips, khidmat nasihat serta cadangan penggunaan supplement Shaklee buat anda para pengguna. 

Sebarang pertanyaan/pembelian?
Laju-laju hubungi saya ;)

CALL/WHATSAPP - 013.5190254
INSTAGRAM - @supplyvitamin
EMAIL - supplyvitamin5@gmail.com
FACEBOOK -  Aida Shafina

SID 1099632
Shaklee
-Better you. Better world-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

HOME| PRODUK| PAKEJ| TESTIMONI| DAFTAR AHLI| HUBUNGI KAMI| Top of page